Salam Pengenalan untuk semua Rakyat Malaysia..
Salam 1Malaysia.
Ini adalah tulisan saya yang pertama untuk pengenalan kepada semua pembaca blog. Saya hanya akan mengambil skop kecil berkaitan politik, keadaan semasa dan orang-orang Melayu hanya di Daerah Baling, Kedah dan apa yang akan ditulis nanti adalah dari hasil selidik percakapan, pandangan mata serta sejarah. Saya amat berharap jika ada mana-mana pembaca yang berasal dari Baling, Kedah sila perbetul seandainya terdapat kesilapan dan ketidaksahihan fakta.
Apa yang ditulis di sini adalah semata-mata untuk mengingatkan para sahabat, pembaca dan anak-anak jati Baling yang kian hilang dari Kilang Proses di Baling, Kedah.
Apa yang anda tahu tentang Baling atau Negeri Baling???
Adakah Kerana Komunis?
Adakah Kerana Rashid Maidin?
Adakah Kerana Haji Bima?
Adakah Kerana Rundingan Tunku dengan Chin Peng?
Adakah Kerana Peristiwa Mogok Lapar atau Orang Baling Benar-Benar Lapar???
Adakah Kerana Peristiwa Memali atau Sahidkah Ibrahim Libya?
Adakah Kerana Tun Mahathir yang lari ke Baling kerana Malay Dilemma??
Adakah Kerana Baling hanya 15 minit ke Sempadan Thailand???
Apabila anda Mai Baling atau Pi Baling atau Dok Baling, anda boleh panaskan diri di Air Panas Ulu Legong kemudian sejukkan diri anda dengan 15 minit memandu ke Pekan Betong, Thailand. Tentunya amat menarik sekiranya anda mengambil pendekatan untuk Mai Baling, Pi Baling ataupun Dok Baling.
Kalau kita bercakap berkaitan politik Baling, saya percaya YAB. Perdana Menteri sendiri pasti kenal dengan nama-nama seperti Allahyarham Tan Sri Shafie, Allahyarham YB. Haji Harun Abdullah, Allahyarham Dato' Saroji, Allahyarham Dato' Zainol dan Allayarham Dato' Raja Ariffin..... Mereka-mereka ini adalah pejuang Melayu yang telah membawa banyak kemajuan di Daerah Baling. Tidak lupa juga dengan pemimpin-pemimpin Pas dengan idea-idea membangkang seperti salah satu nama besar iaitu Bekas Imam Masjid Negara, Ust Taib Azamuddin yang hari ini adalah Ahli Parlimen Baling.
Taburan penduduk Baling adalah merata-rata, Orang Melayu ramai, Orang Cina tak banyak mana, Orang India ada la sikit, Orang Siam jarang-jarang. Dari Batu 8, Tanjung Pari sehinggalah ke Kg. Air Kepar ramai Orang Melayu tinggal di Kampung, Pekan dan sekitar Taman Perumahan. Orang Cina tetntunya di Pekan manakala Orang India pastinya di ladang dan ada juga di Pekan begitu juga Orang Siam...
Pekerjaan Orang Melayu masih banyak yang menoreh, kerja kampung dan ada juga yang tidak bekerja. Orang Cina sibuk berniaga dan tidak lagi bercucuk tanam sekadar menjadi tauke. Orang India dan Siam biasa-biasa ja.
Dropdeath. Jumpa lagi.. salam.
Sunday, September 27, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
